Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi

September 29, 2022 · Politik

Kemenangan boleh berpihak semula kepada UMNO di Terengganu jika Datuk Seri Ahmad Said diletak sebagai ‘poster boy’ kembali, kata Datuk Rozi Mamat.

Setiausaha UMNO Terengganu itu berkata bekas Menteri Besar (MB) itu layak untuk diletak sebagai ‘poster boy’ dan sekaligus boleh dilantik semula menjadi MB sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya nanti.

“Kita tidak boleh ada calon banyak-banyak, nanti celaru. ‘Poster boy’ kita, kepala kita, ‘jeneral’ (perang) kita ialah Ahmad Said dan kita putuskan beliau saja akan jadi ‘poster boy’ BN,” katanya dipetik laporan media.

Malah, Rozi juga yakin dengan langkah UMNO-BN bergerak solo pada pilihan raya nanti, lebih banyak kerusi akan dapat dimenangi dan mengulangi kemenangan yang dikecapi sebelum ini.

“Kalau kita buat keputusan bertanding solo, maknanya kita yakin menang, kalau kita tak yakin, kita tak akan buat keputusan.

“Kalau kita dapat 16 atau 17 daripada 32 kerusi DUN, kita sudah boleh memerintah. Walaupun PRU lepas kita lawan PAS yang bergerak solo, kita hanya menang 10 DUN dan dua Parlimen. Kita pernah kalah 28 DUN dan kita boleh menang kembali 28 DUN sebelum ini.”

Beliau merujuk keputusan pilihan raya umum (PRU) pada 1999, di mana BN Terengganu tumpas kepada PAS di 28 DUN, namun ia berjaya merampas semula 28 kerusi pada PRU 2004 dan menubuhkan kerajaan negeri.

Jelasnya lagi, keyakinan dapat merampas Terengganu daripada PAS adalah disebabkan sejak kembali menjadi kerajaan pada 2018, banyak isu rakyat gagal diselesaikan parti musuhnya itu.

“Kita BN, dulu masa jadi kerajaan pun ada kelemahan, tapi kita boleh beri perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, jika BN kembali mentadbir. Banyak isu yang gagal diselesaikan, tapi kami tak mahu dedahkan semua, sebab itu strategi kita,” ujarnya lagi.

Katanya, BN Terengganu tidak ketandusan calon untuk dipertaruhkan dalam PRU-15 memandangkan barisan kepimpinan negeri yang ada hari ini 80% muka baharu.

“Paling penting kepada kita Terengganu, kita ambil pendekatan calon diterima rakyat dan calon boleh menang,” katanya.

Kerajaan negeri BN pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tewas pada PRU-14, dengan hanya memenangi 10 DUN dan dua Parlimen berbanding PAS yang selesa menguasai 22 DUN dan empat Parlimen.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok