Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM

September 28, 2022 · Politik

Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan bersedia menggalas tanggungjawab Perdana Menteri (PM) sekiranya keadaan terdesak dan tidak ada pemimpin lain yang boleh diketengahkan.

Memetik laporan FMT hari ini (28 September 2022) beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian ketika ditanya kesediaannya menggalas jawatan PM, pada sidang media sempena sesi Hi-Tea bersama Anita Borneo Ride 2022 di pejabatnya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan sedia menggalas tanggungjawab itu jika keadaan terdesak.

“Saya tidaklah begitu layak seperti setengah pihak barangkali, tapi kalau terdesak tidak ada orang lain bolehlah saya menimbang,” katanya.

18 September lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipilih sebagai PM, jika parti itu menang PRU-15.

Ismail juga kekal sebagai ‘poster boy’ calon PM daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 yang dijangka diadakan dalam tahun ini juga.

Isnin lalu pula, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata parti itu tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Zahid sebagai calon PM bagi menghadapi PRU-15.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata mesyuarat UMNO sebelum ini telah memutuskan bahawa Ismail Sabri kekal sebagai calon PM ke-10 sekiranya BN menang.

Sementara itu, Ku Li juga dipetik sebagai tidak bersetuju jika PRU diadakan pada musim tengkujuh dan mengingatkan pemimpin politik tidak memberi cadangan waktu yang “tidak logik” untuk diadakan pilihan raya.

Mengenai Gerakan Tanah Air (GTA) Ku Li berkata pembentukan gabungan itu adalah berteraskan “kemahuan diri”, selain terdiri daripada “kumpulan terdesak”.

Sambil menegaskan tiada sengketa antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui GTA, beliau berkata parti itu tidak menguntungkan orang Melayu, sebaliknya akan membawa lebih banyak perpecahan.

“Perpecahan akan lebih banyak kalau kita membiarkan keadaan ini berterusan, macam mana kita nak mencari kekuatan sama ada untuk menghadapi PRU atau menyatukan tenaga (Melayu) menghadapi sebarang kemungkinan kalau kita berpecah. Kalau kita terus berpecah belah kita akan menjadi lebih lemah.

“Kalau saya jumpa Dr Mahathir nanti saya nak cakap hal ini, sebab saya sudah ada parti yang saya jadi ahli, saya tak boleh sertai parti lain, tapi saya kena fikir dari sudut solidariti (Melayu). Jangan kita dipecah belahkan oleh kerana kemahuan diri dan kumpulan terdesak,” katanya.

Beliau turut mengulangi jangkaannya bahawa tidak ada satu parti politik boleh membentuk kerajaan secara bersendirian selepas PRU-15 ini.

“Saya punya pandangan selepas meninjau pendapat ramai pihak, mungkin tidak ada satu parti yang menang PRU-15 untuk membolehkan mereka menubuh sebuah kerajaan secara sendiri, jadi mereka terpaksa bergabung dengan pihak lain kalau ada pihak yang sanggup bersatu,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
DAP perguna Melayu untuk tembusi negeri dikuasai Melayu: MB Kedah
November 3, 2022
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok