Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN

September 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menggantung prosiding kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Muhammad Farhan Shafee yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi media selepas tamat prosiding secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain.

Mahkamah turut memerintahkan supaya Muhammad Shafee membayar kos sebanyak RM5,000 kepada LHDN, menurut laporan Utusan.

Muhammad Farhan berkata, mahkamah menetapkan tarikh 6 Oktober depan untuk pengurusan kes dan seterusnya menetapkan tarikh perbicaraan.

“Mahkamah menolak alasan-alasan pemohon (Muhammad Shafee) bahawa wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding itu,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini.

Prosiding hari ini turut disertai peguam utama Datuk Seri N Rajan dan Wee Yeong Kang mewakili Muhammad Shafee, manakala LHDN diwakili peguam kanan hasil, Norhisham Ahmad dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause.

Pada 3 November 2021, Muhammad Shafee memfailkan permohonan agar kes saman yang menuntut tunggakan cukai RM9.41 juta itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan tersebut, Muhammad Shafee, 70, memohon prosiding tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan bagi rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta di Mahkamah Persekutuan.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Muhammad Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran RM621,291.85 (2011), RM978,854.11 (2012), RM3,581,500.000 (2013), RM1,735,124.03 (2014) dan RM1,826,557.87 (2016).

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok