Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas

September 26, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir kilat di dua daerah di Johor meningkat kepada 222 orang setakat 4 petang ini, berbanding 194 orang pagi tadi.

Beberapa kampung yang berada dalam kawasan Parlimen Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda sejak semalam ekoran hujan lebat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh yang menempatkan 97 mangsa daripada 21 keluarga, menurut laporan Bernama.

JPBD bagaimanapun memaklumkan sebuah PPS di Pontian telah ditutup, berikutan kesemua mangsa yang ditempatkan di Sekolah Agama Kayu Ara Pasong telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, berikutan banjir mulai surut.

“Jumlah itu menjadikan keseluruhan sebanyak empat PPS masih beroperasi setakat ini.

“Dua PPS di Batu Pahat adalah Sekolah Agama Seri Bengkal dan SK Peserai, manakala di daerah Pontian iaitu Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan, masih dibuka sejak semalam,” menurut kenyataan jawatankuasa itu.

Menurut JPBD, sebanyak tujuh kawasan di Johor dilaporkan masih terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6.30 pagi, semalam.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Seri Bengkal; Kampung Bintang Peserai; Kampung Dalam; Kampung Sungai Suloh; Kampung Sungai Suloh Besar dan Kampung Patah Pedang di Batu Pahat serta Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas di Pontian.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok