Tujuh lelaki Geng Nantha Kumar didakwa

May 6, 2021 · Isu semasa

Seramai tujuh lelaki Geng Nantha Kumar didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2018.

Tujuh tertuduh bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Tujuh tertuduh terdiri tersebut adalah Gunasegaran, Muhammad Firdaus Abdullah, Rahuljeet Singh, P.Kamal Raj, N.Pubalan, S.Kumaran dan G.Prem.

Kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 35 tahun terbabit didakwa melakukan kesalahan itu dalam daerah Kinta antara Ogos 2018 hingga Februari 2020.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala enam daripada tujuh tertuduh diwakili peguam, sementara Pubalan tidak mempunyai peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Rohaiza ketika ditemui media kemudian memaklumkan bahawa mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah TInggi.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
50 minit lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
55 minit lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok