UMNO Alor Setar tawar kerusi kepada Khairy bertanding PRU-15

September 24, 2022 · Politik

Kerusi Parlimen Alor Setar ditawarkan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Tawaran kepada Menteri Kesihatan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail yang menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepadanya selepas diminta memberi kerusi disandangnya kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU-15.

“Kalau beliau (Khairy) tiada tempat untuk bertanding, kami sedia tawarkan Parlimen Alor Setar kepadanya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Yusof berkata Khairy adalah aset penting kepada Barisan Nasional (BN) dalam misi untuk memenangi PRU-15.

Malah jelasnya lagi, Khairy diperlukan untuk bertanding di Alor Setar kerana aset dan kelebihan yang ada sekali gus membolehkan BN merampas kembali kerusi itu.

Parlimen Alor Setar kini dipegang oleh PKR untuk penggal kedua berturut-turut sejak 2013.

“Kalau ada calon contohnya macam Khairy, kita memang alu-alukan, jadi kita pun boleh bernaung di bawah payung yang besar,” katanya.

Beliau turut mengakui pernah mempelawa Khairy bertanding di Alor Setar sebelum ini.

“Saya ada berhubung dengan Khairy, kita berbincang sedikit sebanyak. Saya kata, jika fikir sesuai, saya setuju sahaja.

“Saya pun memang menjemput dia, sebab dia pun dengan Kedah bukanlah lari banyak. Mak dia pun orang sini, orang Alor Setar, jadi dia kalau tak ada tempat lain, (boleh bertanding di sini),” katanya.

Hari ini, Khairy berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.

“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15).

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tiada parti boleh dabik dada berasa kuat berdepan PRU segera: Rafiq
September 9, 2022
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok