KDN perlu buat keputusan berhubung pendaftaran Parti Kemakmuran Negara

September 21, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan lapan veteran tentera untuk mencabar kelewatan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan berhubung rayuan mereka mendaftarkan Parti Kemakmuran Negara sebagai sebuah parti politik.

Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili kesemua pemohon berkata Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan tersebut selepas pendengaran permohonan semakan kehakiman itu semalam, menurut laporan Bernama.

“Mahkamah juga mengarahkan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan mengenai rayuan itu (pendaftaran parti) dalam tempoh 14 hari bermula semalam,” kata peguam itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 18 Julai lepas, Hakim Ahmad Kamal membenarkan permohonan lapan individu itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut.

Brigidier Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed, Komander (B) Yasin Hamzah, Kapten (B) Ab Manan Mansor, Abdull Rahim Hashim, Mejar (B) Kaha Othman, Sazali Ramli, Alias Abd Wahab dan Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai responden.

Mereka memohon perintah mandamus untuk menteri membuat keputusan mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan terhadap keputusan RoS pada 16 Mac lepas yang menolak pendaftaran parti itu sebagai entiti politik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.

Mereka, yang merupakan penaja parti itu, memfailkan permohonan atas alasan antaranya kelewatan responden membuat keputusan berhubung rayuan pendaftaran parti tersebut adalah tidak munasabah serta melanggar hak berpersatuan dan bersuara pemohon mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kesemua pemohon juga mendakwa kelewatan responden telah melanggar hak mengundi yang termaktub dalam Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok