Kejatuhan ringgit tidak ok, harga barang makanan juga terkesan: Muhyiddin

September 19, 2022 · Politik

Kerajaan digesa memandang serius isu kejatuhan nilai mata wang ringgit dan mencari langkah segera bagi mengelak ia menjadi lebih parah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata kerajaan perlu segera menangani isu kejatuhan ringgit dengan mencari pendekatan yang berkesan dan tidak boleh menganggap ia bukan satu krisis yang serius.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay.

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan ringgit memberi kesan secara langsung terhadap harga barang makanan memandangkan nilai import makanan sahaja mencecah RM63 bilion dan perkara ini pastinya bukan sesuatu yang baik kepada rakyat.

“Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan. Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion.

“Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Is this okay? No, it is not okay,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata semua faktor ini tidak dipandang sebagai isu penting yang perlu ditangani dan mungkin disebabkan faktor tersebut rakyat yang berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya 35 peratus.

“Nampaknya, Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting.

“Mungkin kerana itulah hanya 35 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini. Aspek pengurusan ekonomi negara mencatatkan prestasi terburuk dengan hanya 18 peratus berpuas hati,” katanya.

Muhyiddin juga menyentuh laporan kajian terbaharu yang dilaksanakan oleh Merdeka Centre for Opinion Research pada bulan Disember 2021.

“Kajian ini mendapati 12 peratus rakyat telah mula ikat perut dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari (skip meal), 12 peratus tangguh rawatan perubatan dan 31 peratus lewat bayar hutang dan bil kerana tiada wang.

“Selain itu, kajian oleh Mindshare, sebuah entiti bukan kerajaan, menunjukkan 61 peratus rakyat Malaysia telah berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60), iaitu dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

“76 peratus daripada kumpulan ini berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik telah memberi kesan buruk ke atas kehidupan rakyat,” katanya lagi.

Mengambil kira faktor kesusahan yang sedang dialami rakyat ketika ini, Muhyiddin juga sudah meminta jentera parti Perikatan Nasional untuk membantu rakyat yang terkesan.

“Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, saya telah mengarahkan jentera parti supaya terus membantu rakyat yang susah termasuk mengedarkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan dan menganjurkan Program Jualan Prihatin yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga yang murah,” tegasnya lagi.

Berbeza dengan pendekatan diambil Barisan Nasional (BN) yang berterusan mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera, Muhyiddin berkata masih tidak sampai ke tahap mahu mendesak Ismail Sabri membubarkan Parlimen seperti dikehendaki oleh pemimpin UMNO tetapi jika berterusan gagal menguruskan negara mungkin elok juga pilihan raya diadakan bagi memilih kerajaan lebih cekap.

“Pada masa yang sama, BN sedang menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok