Jalan bertampal, wakil rakyat kerap ke kenduri petanda besar PRU hampir?

September 17, 2022 · Politik

Petanda besar pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bakal tiba sudah kelihatan, ia seakan sama seperti menentukan tarikh umat Islam berpuasa dengan melihat anak bulan.

Jika anak bulan dijadikan garis panduan dalam menentukan tarikh untuk berpuasa, tindak-tanduk pemimpin politik sejak kebelakangan ini boleh dijadikan isyarat PRU semakin hampir dekat.

Lagipun, UMNO baru-baru ini juga sudah mengumumkan akan mengadakan mesyuarat pada 30 September ini untuk membincangkan tarikh PRU-15 dikalangan pemimpin tertinggi mereka, langkah yang sudah cukup menunjukkan pembubaran Parlimen semakin hampir.

Bagi rakyat pula, apabila jalan raya berlubang ditampal dan wakil rakyat kerap turun ke kenduri di kampung, ia adalah petanda jelas semakin hampir PRU bakal diadakan.

Di bandar mahu pun di kampung, jentera dan tar jalan dibawa dengan lori sibuk keluar dan masuk bagi membaiki jalan yang berlubang.

Malah, wakil rakyat atau pemimpin politik di kawasan tersebut turun untuk melihat kerja-kerja membaiki jalan yang dijalankan, sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada rakyat kerja yang sedang berjalan itu disebabkan hasil usaha mereka.

Selain itu, wakil rakyat akan cuba memenuhi setiap jemputan kenduri yang diadakan, cara berkempen paling mudah dan menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan wang ringgit.

Apabila semakin hampir PRU, wakil-wakil pemimpin politik di sesebuah kawasan akan sibuk mencari penduduk yang mahu mengadakan kenduri, tidak kurang juga akan ada yang memberi sumbangan sama ada dengan wang ringgit atau dengan memberi beras atau telur kepada penganjur.

Pelbagai aktviti riadah dan pertandingan diadakan di kampung, sukan rakyat paling digemari ahli politik. Penduduk kampung akan disajikan dengan pertandingan bola sepak tujuh sebelah, lari dalam guni, membawa bola ping pong dalam sudu dan pelbagai sukaneka diadakan untuk menarik orang ramai bagi mengenali calon sesebuah parti politik.

Kebiasaannya, acara sukan rakyat ini sangat sinonim dengan kempen diadakan UMNO. UMNO tidak mengadakan ceramah mega dan raksasa seperti pembangkang kerana mereka sejak sekian lama lebih kepada sentuhan peribadi untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Bagi pembangkang, corak kempen dengan mengadakan ceramah mega dan besar sejak sekian lama menjadi pilihan utama mereka kerana apabila ramai orang turun mendengar ceramah ia akan menunjukkan kekuatan mereka dalam mengumpulkan ribuan penyokong yang hadir.

Seperti PRU-14 lalu, limpahan orang ramai hadir ke ceramah untuk mendengar ucapan tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon-calon gergasi daripada Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Terbukti, kempen dengan mengadakan ceramah besar dan mega membuahkan hasil, akhirnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tersungkur.

Bagaimanapun, senario politik sudah bertukar kerana jumlah pengundi sudah meningkat, cara berkempen secara fizikal sudah kurang popular dan media sosial yang menjadi platform utama anak muda menjadi pilihan utama parti-parti politik untuk mendekatkan diri.

Namun, mengambil sampel dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini, nampaknya pengundi muda masih kecil dan tidak berminat dengan politik. Perkara ini sangat mengusarkan kerana jika peratusan pengundi sangat rendah, parti yang berkelebihan untuk menang besar pastinya UMNO dan BN.

Fikirlah masak-masak sama ada hendak memilih calon bijak, berpengalaman atau hebat berkata-kata kerana ia melibatkan masa depan negara dan keluarga mereka sendiri.

Tepuk dada tanya iman, kita hendak memilih pemimpin untuk membela atau sekadar menjadi setem getah kepada sistem demokrasi melibatkan pilihan raya penuh dengan janji dan manifesto yang hanya sedap didengar tetapi akhirnya semua ke laut.

Pengundi perlu membuat penilaian tepat kerana tempoh lima tahun mendatang akan menjadi penentu masa depan negara, sama ada menjadi lebih buruk atau lebih baik.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Shahidan beri amaran dedah banyak rahsia ‘pemimpin’ UMNO
April 24, 2021
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok