204 mangsa banjir kilat di Batu Pahat masih ditempatkan di PPS

September 16, 2022 · Isu semasa

Seramai 204 mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading, dekat Batu Pahat masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading setakat pukul 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 57 keluarga yang terlibat dalam bencana berkenaan, lapor Bernama.

JPBD memaklumkan PPS yang mula dibuka pada 1 tengah hari semalam itu, melibatkan mangsa dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Semalam, hujan lebat turun tanpa henti di daerah itu yang bermula pukul 1.30 pagi hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang, mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air.

Selain itu, beberapa kemudahan di kawasan itu turut terjejas seperti Klinik Kesihatan Sri Gading dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023· Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok