Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS

March 21, 2023 · Isu semasa

Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun, setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 6,740 orang masih ditempatkan di 43 PPS, berbanding 7,972 orang di 44 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi, menurut laporan Bernama.

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Li Chun (522 orang), diikuti SJKC Chong Hwa Kangkar Senangar (402 orang) dan Sekolah Kebangsaan Seri Medan (399 orang).

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

Sebanyak tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.09 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.07 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.23 meter).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang meninjau operasi pengepaman air di daerah itu baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri sedang menggiatkan usaha menangani “banjir termenung” dan berharap ia dapat diselesaikan, sebelum tibanya Ramadan.

Berita berkaitan
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 11 negeri, Wilayah Persekutuan
May 4, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
9 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok