Kelantan serah laporan Covid-19 kepada Kerajaan Pusat

May 5, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Kelantan telah mengemukakan laporan berkaitan situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang agak kritikal di negeri itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menimbang sebarang tindakan yang sesuai.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, laporan daripada Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) itu diserahkan beberapa hari lepas, namun setakat ini masih belum ada sebarang maklum balas.

Katanya, antara laporan yang dikemukakan itu adalah kewujudan varian Afrika Selatan B.1.351 dengan kadar yang sangat tinggi di Kelantan manakala kadar kebolehjangkitan (RT) masih melebihi 1.0.

“Selain itu, jangkitan Covid-19 telah berlaku dalam komuniti dengan 16 peratus kes tiada kaitan epidemiologi malah pengurusan sumber manusia serta logistik fasiliti kesihatan semakin meruncing,” katanya lapor Bernama hari ini.

Ahmad berkata beliau yakin arahan tindakan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak Menteri Kanan setelah perbincangan dilakukan di peringkat jawatankuasa teknikal bagi meneliti perkembangan situasi Covid-19 di negeri-negeri termasuk Kelantan yang merekodkan kes harian tiga angka sejak dua minggu lepas.

Semalam, Kelantan merekodkan 296 kes harian baharu Covid-19 dengan 35 kluster masih aktif termasuk dua kluster baharu dikesan melibatkan daerah Machang, serta enam kematian, menjadikan jumlah kumulatif maut akibat wabak itu sebanyak 52 kes.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok