Najib dibenarkan beli ubat sendiri untuk kegunaan, kata Khairy

September 14, 2022 · Isu semasa

Tiada halangan untuk Datuk Seri Najib Razak membeli ubatnya sendiri dengan kos itu ditanggung oleh keluarganya, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata selepas memeriksa prosedur Jabatan Penjara, bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu boleh membeli pilihan jenama ubat yang diinginkan tetapi kos perlu ditanggungnya sendiri.

“Dalam prosedur penjara, sekiranya banduan sanggup membeli bekalan ubat sendiri dan tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan KKM, saya difahamkan ia boleh dibenarkan dan tidak ada masalah.

“Saya telah memaklumkan kepada keluarga sekiranya mereka nak bekalkan ubat jenama itu kepada Najib, tidak jadi masalah,” katanya dipetik laporan FMT hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, Najib juga sudah membawa ubatnya sendiri ke penjara.

Justeru, Khairy berkata, tidak timbul isu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hak Najib kerana mengikut prosedur KKM, jika seseorang pesakit keluar dari hospital sudah menjadi prosedur untuk kementerian itu membekalkan ubat kepada pesakit.

“Di HKL (Hospital Kuala Lumpur) bekalkan benda (ubat) yang sama, kalau di penjara guna ubat itu. Itu yang ada pada HKL,” katanya.

Terdahulu semalam Khairy menafikan ubatan Najib telah ditukar tetapi sebaliknya menjelaskan tertuduh diberi ubat generik setara, sambil menambah Najib berada dalam keadaan stabil di HKL.

Menteri itu juga berkata, tertuduh tidak perlu dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk rekod, keadaan kesihatan Najib dilaporkan merosot selepas baharu beberapa minggu menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dihadapi Najib juga ditangguhkan susulan terpaksa menerima rawatan di HKL ketika ini.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah, serta hukuman penjara dan denda RM210 juta sebagai ganti tambahan lima tahun penjara.

Pada 4 September lalu Najib dilaporkan dimasukkan ke hospital di HKL.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok