Terpulang kepada PM tentukan tarikh PRU-15, tapi jentera sudah bersedia: Tok Mat

September 14, 2022 · Politik

Jentera parti sudah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika diadakan pada bila-bila sahaja, kata Datuk Seri Mohamad Hasan atau dikenali Tok Mat.

Timbalan Presiden UMNO itu bagaimanapun berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memilih tarikh PRU-15 kerana kuasa menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen terletak kepadanya.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya kerana hanya beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU-15,” katanya dipetik laporan BH.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkata, jentera parti itu sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15.

“Saya baharu saja balik dari Sabah semalam dan secara puratanya, jentera kita sudah bersiap sedia serta bersemangat tinggi. Namun, masih ada lagi beberapa aspek yang perlu kita tambah baik, yang perlu ditambah nilai.

“Ini kerana kita memasuki pilihan raya ini umpama kita masuk peperangan dan pengakhirannya adalah kalah atau menang dan kalau perang, umpama hidup dan mati.

“Jadi, kita perlu bersiap sedia betul-betul, perlu pastikan gerak kerja kita diuruskan dengan terbaik dan yang penting, kita dapat memenangi pilihan raya ini yang boleh diadakan pada bila-bila masa yang sesuai,” katanya.

Semalam media melaporkan, Ismail Sabri memberi bayangan bahawa beliau mungkin berjumpa dengan ‘Top Five’ UMNO untuk membincangkan tarikh PRU-15 sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual diadakan pada 7 Oktober depan.

‘Top five’ UMNO merujuk kepada lima pimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
27 minit lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok