Pensyarah universiti ditahan buat tuntutan palsu

September 12, 2022 · Isu semasa

Seorang pensyarah sebuah universiti awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan membuat tuntutan palsu, membabitkan bayaran sewa kenderaan dan pembelian peralatan geologi berjumlah RM12,488, empat tahun lepas.

Jasmi Hafiz Abdul Aziz, 45, mengaku tidak bersalah, selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, lapor Bernama.

Mengikut tujuh pertuduhan, lelaki itu sebagai pensyarah kanan didakwa memperdayakan Jabatan Bendahari, Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan tujuh tuntutan perjalanan palsu berkenaan bayaran sewa tiga jenis kenderaan antara 24 April 2018 hingga 29 Julai 2019, sedangkan sewaan itu tidak dibuat.

Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa atas dua pertuduhan memperdayakan Jabatan Bendahari, UM dengan membuat dua resit palsu berkaitan pembelian peralatan geologi bertarikh 19 Jan 2019 dan 23 Mac 2019, sedangkan pembelian tidak dibuat.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Geologi, Fakulti Sains, UM, antara 29 Mei 2018 hingga 23 Ogos 2019, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Jasmi Hafiz mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tujuh resit bayaran sewa tiga kenderaan yang sama dan dua resit membeli peralatan serupa sebagai tulen, sedangkan dia mengetahui resit itu palsu.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abd Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi.

Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat sebagai pensyarah, menanggung isteri serta seorang anak dan telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.

Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi dalam kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 18 Okt untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok