Kad MyRC ganti kad dikeluarkan UNCHR bagi pelarian, umum KDN

September 7, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan Kad Pengenalan Khas (MyRC) yang dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia akan menggantikan kad dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada pelarian.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan MyRC yang mengandungi data peribadi akan menjadi dokumen tunggal yang sah digunakan pelarian menetap di Malaysia dan ia didaftarkan menerusi Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS).

“Malaysia bukanlah negara yang menjadi anggota kepada konvensyen mengenai status pelarian 1951 atau protokol mengenai status pelarian 1967 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi sebenarnya kita tidak perlu mengiktirafkan kad (UNHCR) ini.

“Apabila kita sudah ada program kita sendiri, maka kalau mereka tidak mahu terjebak dalam masalah lain, terutama apabila kita buat operasi nanti, kita akan umumkan hanya mereka yang statusnya dikenal pasti oleh kerajaan saja yang boleh tinggal dalam negara kita,” katanya dipetik laporan BH.

Hamzah terdahulu melawat ke Pusat Pendaftaran Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) disini, hari ini. Turut sama hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, kerajaan tidak menetapkan tempoh atau sasaran waktu tertentu untuk mereka mendaftar atau penguatkuasaan tegas akan dilakukan, namun ia dilaksana sehingga kerajaan memperoleh satu jumlah pelarian yang munasabah.

“Berdasarkan statistik yang kita dapat daripada beberapa tempat, ada yang melalui pejabat UNHCR dan juga risikan, setakat ini 180,000 (pelarian). Sebab itu, kita mahu memastikan supaya program TRIS ini, kita dapat tahu benar-benar angkanya.

“(Jumlahnya) begitu saja atau ada peningkatan sepanjang masa. Selepas keputusan Jemaah Menteri (kelulusan TRIS) kita dapati ada peningkatan lagi sehingga 185,000.

“Dimana datangnya mereka ini?. Oleh sebab itu, kita memohon program TRIS ini supaya supaya sesiapa saja yang dapat kad melalui TRIS dia boleh diberikan kemudahan,” katanya.

Hamzah berkata, kementeriannya dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengkaji bentuk kemudahan yang akan ditawarkan kepada pelarian termasuk peluang bekerja serta latihan dalam sektor seperti perladangan, pembinaan dan perkilangan.

TRIS adalah platform untuk mengumpul segala maklumat pelarian dan pencari suaka bagi membolehkan kerajaan memantau dan menjejaki semua pelarian di Malaysia, dengan maklumatnya akan diselaraskan dengan pangkalan data antaranya seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MKN.

Semua pelarian yang berdaftar di bawah TRIS akan MyRC yang mengandungi data peribadi dan juga disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, ditanya sama ada usaha itu seiring cadangan dikemuka MKN untuk menutup pejabat operasi UNHCR di Malaysia, Hamzah berkata, ia baru cadangan yang dikemukakan MKN yang memerlukan perbincangan serta penelitian lanjut kerajaan.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Ada lagi Ahli Parlimen PN didekati ahli perniagaan lobi tukar sokongan, dedah Hamzah
November 4, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok