Ahli perniagaan Malaysia terlibat rasuah di Amerika larikan diri

September 6, 2022 · Isu semasa

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang merupakan warga Malaysia terbabit dalam skandal rasuah utama Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) melarikan diri daripada tahanan rumah, lapor media San Diego Union-Tribune.

Ahli perniagaan berasal dari Malaysia itu memotong gelang kaki pemantauannya dan melarikan diri daripada rumah juga sedang berdepan pelaksanaan hukuman penjara kerana kesalahan rasuah dilakukannya di Amerika Syarikat, menurut laporan Reuters.

Akhbar tersebut memetik Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo, dilaporkan berkata Leonard memotong gelang kaki Sistem Penentududukan Global (GPS) pada Ahad lalu dan apabila pihak polis pergi ke rumahnya mendapati sudah kosong.

Timbalan Pendakwa Raya, berkata sebagai pertukaran kontrak, Francis memberi wang tunai kepada pegawai tentera laut, makanan gourmet, cerut mahal, arak cognac yang jarang ditemui dan pesta seks di hotel mewah.

Penguatkuasaan undang-undang tempatan dan Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut AS turut menyertai dalam pencarian suspek.

Castillo berkata, Francis sudah pasti merancang perkara berkenaan dan jiran melaporkan mereka melihat pergerakan trak keluar masuk dari rumah suspek sejak beberapa hari lalu.

Francis, yang bekerjasama dengan penyiasat AS dibebaskan atas alasan cuti perubatan dan diletakkan di bawah tahanan rumah dan sepatutnya dijatuhkan hukuman pada 22 September ini.

Pada 2015, Francis mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai tentera laut sebagai sebahagian daripada skim rasuah dan penipuan meluas membabitkan syarikatnya yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defence Marine Asia, yang memberikan perkhidmatan kepada kapal di Armada Pasifik Tentera Laut.

Jabatan Kehakiman AS menggelar skim itu sebagai penipuan terbesar yang membawa kerugian berpuluh juta dolar kepada tentera laut dan lebih 30 orang didakwa, dengan kebanyakannya mengaku bersalah atau disabitkan pada perbicaraan.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok