Pesara bomba meninggal ketika solat sunat

May 4, 2021 · Isu semasa

Bukan sahaja perginya pada bulan yang mulia, malah kematian seorang pesara bomba dan penyelamat terjadi saat melakukan solat sunat selepas Isyak di dalam Masjid Al-Ghufran di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, malam semalam.

Jamaluddin Hashim, 63, yang tinggal di Tanjung Bendahara Alor Setar ke masjid itu untuk menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih.

Menurut anak sulungnya Mohd Fariz, 36, sepanjang bulan Ramadan ini, bapanya akan menunaikan solat sunat Tarawih di masjid-masjid di sekitar Alor Setar.

Beliau berkata, bapanya yang tinggal bersendirian di rumahnya menaiki kereta bersama seorang rakannya ke masjid tersebut selepas berbuka puasa pada jam 8 malam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Mohd Fariz berkata arwah bapanya tinggal bersendirian di rumah tersebut selepas berpisah dengan ibunya sejak lama.

“Arwah bapa saya akan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih dengan mengunjungi masjid yang berlainan di sini pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Mohd Fariz yang tinggal di Kuala Kedah berkata, dia menerima panggilan daripada rakan arwah bapanya kira-kira jam 9 malam yang memaklumkan arwah pengsan di masjid, namun sejurus tiba mendapati bapanya sudah meninggal dunia.

Katanya, jemaah masjid itu memberitahu ayahnya didengar menyebut nama Allah beberapa kali ketika sujud sebelum terjatuh.

“Cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara sebelum ini,” katanya sambil menjelaskan jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Huda, Kampung Lepai, Alor Setar.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok