Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki

August 30, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan di Kampung Klang Gate di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu ditahan di lobi Hospital Tunku Azizah pada 8.40 malam tadi, lapor Bernama.

Beliau berkata dalam kejadian Sabtu lepas, pegawai perubatan hospital telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening mangsa disyaki terdapat unsur penderaan.

“Suspek yang ditahan tidak mengaku membunuh mangsa namun mengakui mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala ujian saringan awal air kencing didapati bebas sebarang jenis dadah.

Menurutnya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata polis sedang giat mengesan suami suspek iaitu lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok