Sudah lama saya tak seronok macam ini, kata PM semasa hadir program KEMAS

August 28, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa seronok selepas lama tidak merasainya semasa menghadiri Majlis Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Perdana Menteri menghadiri program bersama warga KEMAS serta disambut kanak-kanak pada pagi ini bersama seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menjaga Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kenyataan Ismail Sabri itu hadir ketika UMNO sedang memberi tekanan berterusan agar pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera, malah spekulasi juga bertiup kencang mengatakan ia bakal diadakan pada masa terdekat nanti.

“Sudah lama saya tak seronok macam hari ini, macam-macam masalah yang timbul, hari ini hilang semua masalah. Sebenarnya saya dah lama merindui untuk bersama-sama warga KEMAS seperti suatu ketika dahulu.

“Agak lama saya bersama warga KEMAS, yang saya kira sebagai barisan hadapan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Untuk rekod, Ismail Sabri sebelum ini juga memegang portfolio tersebut, sejak 2015 sehingga 2018.

Katanya, keceriaan itu ditambah dengan kehadiran kanak-kanak Tabika KEMAS pada setiap program anjuran jabatan itu.

“Ketika saya di KKLW atau di mana-mana, setiap program saya akan disambut kanak-kanak. Walaupun pagi ‘mood’ tak baik, bila ada kanak-kanak, selesai masalah dan program bertukar meriah.

“Cuma dari segi sejarahnya, suatu ketika KEMAS hilang daripada pandangan mata masyarakat. Kita tahu kenapa, ada orang diberi amaran, pilih antara dua, nak ‘berkemas’ keluar atau nak tinggal dalam KEMAS.

“Kalau nak dalam KEMAS, kena keluar daripada menjadi ahli politik tertentu,” katanya sambil memberi jaminan, perkara itu tidak akan berulang lagi.

“Itu dahulu, sekarang saya nak KEMAS jangan lagi risau kerana saya difahamkan, sudah diberi ruang untuk berpolitik semula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri semasa ditanya wartawan selepas program tadi berhubung isu pembubaran Parlimen, beliau menjawab: “Tunggu, tunggu.”

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok