Mana berita gembira yang dijanjikan dalam taklimat khas selepas mesyuarat MT?

August 28, 2022 · Politik

Semasa perhimpunan raksasa di depan ribuan ahli UMNO semalam, beberapa pemimpin UMNO dalam ucapan berapi-api berjanji berita gembira akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) berlangsung pada sebelah malamnya.

Selepas berakhir mesyuarat MT semalam, Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan yang selalunya akan mengeluarkan kenyataan media kepada wartawan sebaliknya tidak memberi sebarang komen berhubung hasil keputusan mesyuarat yang berlangsung dan hanya sekadar memberitahu “tunggu kenyataan esok jika ada”.

“Berita tentang UMNO sudah agak banyak selepas Taklimat Khas Presiden petang tadi di Dewan Merdeka.

“Mesyuarat telah berjalan dengan baik, bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11.15 malam.

“Terima kasih,” tulisnya dalam ciapan di Twitter rasmi beliau.

Sementara itu, seorang ahli MT UMNO, Datuk Seri Bung Mokthar Radin pula memberitahu kepada media tiada isu tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Nampaknya pemimpin UMNO mengunci mulut daripada bercakap kepada media berhubung keputusan dan pendirian parti yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung malam tadi, ia senario yang sangat berbeza pada sesi sebelah petang sebelum itu.

Semasa sesi sebelah petang, Ahmad sendiri mengumumkan khabar berita baik akan dibuat selepas mesyuarat MT dan ia disambut dengan sorakan kegirangan para ahli UMNO yang hadir dalam Dewan Merdeka sebelum itu.

Tidak pasti apa yang sedang dipertontonkan UMNO kepada rakyat di luar sana, berdegar-degar semasa perhimpunan sebelah petang kemudiaannya selepas mesyuarat MT tidak apa yang diperkatakan berhubung keputusan yang dicapai.

Semasa sesi Taklimat Khas sebelah petang, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengulangi beberapa kali berhubung isu mengadakan PRU-15 awal di khayalak ahli UMNO dan bersorak-sorai gegak gempita dalam dewan.

Pelbagai janji dan kata-kata semangat ditiupkan kepada ahli UMNO supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya seakan-akan esok juga Parlimen akan dibubarkan dan PRU-15 serta-merta akan diadakan.

Tetapi alih-alih selepas mesyuarat MT, tidak ada satu kenyataan dikeluarkan berhubung keputusan parti yang berjaya dicapai. Drama apakah sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat malam tadi?

Bagaimanapun, pastinya Zahid membawa referendum daripada akar umbi pada sebelah petang untuk ditunjukkan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO kini sudah bersedia untuk berdepan PRU-15 pada bila-bila masa dan ia mesti dipercepatkan.

Tetapi tidak pasti adakah Ismail Sabri akan menerima bulat-bulat hujah yang diberikan oleh Zahid dengan menggunakan alasan perhimpunan pada sebelah petang bersama ahli-ahli parti itu mahu PRU-15 diadakan segera.

Untuk rekod, Ismail Sabri tidak menghadiri perhimpunan pada sebelah petang tetapi yang pastinya hadirin yang hadir bertindak bersorak “Boo” beberapa kali semasa namanya disebut Zahid.

Perhimpunan yang sepatutnya memberi taklimat berhubung persediaan PRU-15 pada sebelah petang bertukar menjadi perhimpunan menyokong Najib dan yang menjadi mangsa adalah nama Ismail Sabri.

Jadi, selepas bermesyuarat semalam, apakah berita gembira yang UMNO janjikan kepada rakyat? Perbincangan menentukan tarikh PRU-15 bukan berita gembira dinantikan rakyat, tetapi bencana besar kepada rakyat kerana dipaksa untuk mengundi pada ketika keadaan ekonomi tidak berapa baik, harga barang naik tetapi gaji tidak naik-naik.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok