Naib Presiden UMNO nafi wujud desakan pecat Ismail Sabri

August 26, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.

Beliau berkata desas desus mengenai dakwaan itu hanyalah bohong semata-mata dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dipercayai bertujuan untuk menggoyahkan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, menurut laporan Bernama.

“Itu semua bohong, kesianlah kat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), itu semua ada orang buatlah (sebarkan) di media sosial ni, masalah kalau macam tu.

“Dia macam ni ada orang ambil kesempatan dari apa yang berlaku ini untuk memecahbelahkan (UMNO) dan semua pun tahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah naib presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden parti, jadi ada orang yang ambil kesempatan, pihak yang nak pecah belahkan itu pun nak pergi pada pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai agenda Taklimat Khas Presiden bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan UMNO di Pusat Dagangan Dunia esok, beliau berkata pertemuan itu nanti hanyalah untuk memperkukuhkan parti.

Sementara itu ketika ditemui di majlis perasmian Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di sini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar, turut menafikan dakwaan adanya tekanan dari Umno supaya Ismail Sabri dipecat daripada parti itu, jika tidak menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tak pernah bincang pun,” katanya menjawab pertanyaan pemberita mengenai desas-desus perkara itu.

Beliau juga berkata hubungan antara Ismail Sabri dan Ahmad Zahid adalah akrab.

“Sebelum ini, kalau ada Mesyuarat Biro Politik, saya sendiri melihat mereka (Ismail Sabri dan Ahmad Zahid) akan berbincang sama mereka terlebih dahulu sebelum memulakan mesyuarat.

“Kalau ada mendakwa wujud group atau kumpulan (di dalam Umno) itu adalah tidak benar,” katanya yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok