3,516 kes semalam, 15 kematian

August 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 15 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam (Rabu, 17 Ogos 2022), jumlah tertinggi yang dicatat sejak 118 hari lalu.

Kali terakhir negara merekodkan jumlah kematian tertinggi ialah pada 20 April lalu iaitu melibatkan seramai 16 pesakit.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia semalam turut membabitkan empat kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Keseluruhannya, sejak Mac 2020 hingga semalam seramai 36,117 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, termasuk 7,676 kes BID.

Daripada jumlah kematian semalam, empat kes dilaporkan di Johor, diikuti masing-masing tiga di Melaka serta Perak; Sabah (dua); dan masing-masing satu di Pahang, Sarawak serta Selangor.

Sementara itu, KKM juga melaporkan sebanyak 3,516 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, meningkat sedikit berbanding 3,429 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,744,929 kes, dengan 4,667,111 pesakit telah pulih, termasuk 2,541 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,382 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 755 kes (individu lengkap dua dos); 340 kes (individu tidak divaksinasi); dan 39 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif naik semula kepada 41,701 kes, berbanding 40,741 kes yang dicatat pada Selasa, dengan seramai 40,034 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (39,062 pada Selasa), dan 41 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (32 pada Selasa).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,534 orang berbanding 1,563 pada Selasa, manakala 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 84 yang dicatat pada Selasa, dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (58 pada Selasa).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 893 (1,449,117);
  • Kuala Lumpur – 878 (418,757);
  • Johor – 112 (390,667);
  • Sabah – 318 (386,507);
  • Sarawak – 107 (311,367);
  • Kedah – 92 (306,474);
  • Pulau Pinang – 123 (293,468);
  • Kelantan – 78 (250,908);
  • Perak – 296 (219,714);
  • Negeri Sembilan – 193 (217,102);Pahang – 83 (175,205);
  • Melaka – 164 (131,630);
  • Terengganu – 59 (128,124);
  • Putrajaya – 95 (25,676);
  • Labuan – 8 (22,063); dan
  • Perlis – 17 (18,090).

Sementara itu, satu lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan pendidikan dilaporkan semalam iaitu Kluster Jalan Pantai Endah 2 di Lembah Pantai Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 14 pesakit.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok