‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS

August 17, 2022 · Isu semasa

Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat secara langsung dalam projek kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Perkara ini dibuktikan menerusi surat niat (LOI) yang ditandatangani Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor bertarikh 8 Julai 2010 kepada Zahid yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.

Zahid merujuk surat itu kepada bahagian perolehan Kementerian Pertahanan menerusi tulisan tangan di bahagian atas dengan menyatakan ‘sub perolehan sila laksanakan’.

Surat itu terkandung dalam laporan JKSTUPKK yang didedahkan kepada orang ramai hari ini.

LOI diperlukan oleh BNS untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal bahawa projek itu mendapat mandat dan restu dari kerajaan.

Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Beliau menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.

Katanya adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan LCS kepadanya kerana mendakwa dia bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan.

Menerusi surat itu, Ahmad Ramli yang juga bekas panglima TLDM, berkata bahawa BNS telah merancang projek LCS selama dua tahun.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dalam memorandum kepada Zahid pada 2 Ogos tahun itu menyatakan kos perolehan LCS adalah tinggi, oleh itu perlu pertimbangan mengenai keutamaan negara dan kapasiti sumber, dan kos projek perlu ditentukan sebelum LOI dikeluarkan.

Kemudian pada 11 Oktober, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menulis kepada Kementerian Pertahanan meminta menangguhkan pengeluaran LOI, hingga harga siling bagi projek bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dapat diatur semula.

Bagaimanapun, EPU kemudiannya bersetuju kepada rayuan oleh Kementerian Pertahanan untuk mengeluarkan LOI kepada BNS.

Pada 15 Oktober, Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada BNS, yang menyatakan bahawa perbincangan lanjut antara menteri dan syarikat perlu diadakan mengenai beberapa perkara termasuk terma teknikal dan harga.

Kemudian pada 11 Februari 2011, Kementerian Pertahanan meminta kebenaran daripada Kementerian Kewangan supaya perolehan dilakukan secara rundingan terus dengan BNS.

Menurut JKSTUPKK, BNS sebenarnya telah cuba mendapatkan LOI daripada kerajaan sejak 2007 selepas mengadakan perbincangan dengan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Sama seperti Zahid, Kementerian Pertahanan di bawah teraju Najib juga pada 15 Januari 2008 meminta Kementerian Kewangan mengeluarkan LOI kepada BNS.

Tidak jelas mengapa permintaan LOI tidak diluluskan, tetapi laporan itu menyatakan bahawa BNS terus membabitkan Najib, walaupun dia kemudian bertukar portfolio kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu menjadi perdana menteri hingga Jun 2009.

Minggu lalu, Zahid berkata adalah ‘tidak wajar’ untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan JKSTUPKK jelas menunjukkan Zahid terbabit pada peringkat awal projek itu.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok