PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’

August 17, 2022 · Politik

PAS dan UMNO dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri di tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dengan 24 kerusi lagi akan datang tidak lama lagi.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki berkata PAS dan akar umbi UMNO telah membincangkan perkara membabitkan kerusi berkenaan dan cadangan itu akan dimajukan kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti, bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“Realiti di lapangan, ahli akar umbi PAS dan UMNO khususnya di kawasan yang berisiko untuk PH menang amat berharap kerjasama ini dapat berlaku. Justeru, apabila saya bangkitkan minggu lepas, berhubung 27 kerusi itu, mereka menyambutnya.

“Saya sendiri telah pergi ke 27 kawasan yang disebutkan… bertemu pimpinan PAS serta UMNO dan mereka amat mengalu-alukan kerjasama politik.

“Setakat ini, saya telah mendapat persetujuan tiga kawasan Parlimen untuk mereka mengagihkan kerusi supaya tidak bertembung, ” katanya menurut Utusan hari ini.

Mohd Zuhdi sebelum ini berkata PAS dan UMNO perlu mencapai kata sepakat untuk mengelak pertembungan di 27 kerusi Parlimen di Semenanjung yang digelar “kerusi Muafakat Nasional (MN)”, dan jika gagal, ianya boleh menyebabkan PH kembali berkuasa.

Pada PRU-14, 20 daripada 27 kerusi dimenangi PH, membolehkan mereka membentuk kerajaan, penegasan PAS bahawa kedua-dua parti itu tidak boleh bertembung di kerusi tersebut.

Mohd Zuhdi menambah, perkara mengenai 27 kerusi itu berkemungkinan akan dibangkitkan pada muktamar atau muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung di Kedah dari 1 hingga 4 September ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun beliau berharap parti itu tidak mengganggu perancangan yang telah dibuat.

“Setakat ini ia belum dibincangkan dengan Bersatu, kerana saya tidak terlibat dalam rundingan kerusi dengan Bersatu.

“Sehingga kini, saya masih dalam jawatankuasa khas perundingan MN, jadi saya hanya boleh bekerjasama dengan UMNO, dan saya sebenarnya berharap Bersatu juga boleh bekerjasama untuk mengelak kerusi berisiko jatuh ke tangan PH.

“Terdapat 10 kerusi yang disandang Bersatu yang berisiko jatuh ke tangan PH yang tidak termasuk 27 kerusi,” katanya.

Dilaporkan Ahad lalu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik saranan supaya tidak ada pertembungan antara calon PAS dan UMNO di 27 kerusi dan ia akan dibincangkan secara dalaman oleh parti itu untuk mengambil kira kebaikan dan keburukan berhubung perkara tersebut.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok