Nasib menteri, timbalan menteri UMNO petang ini, lapor Utusan

May 2, 2021 · Politik

Utusan Malaysia hari ini melaporkan mesyuarat khas Perikatan Nasional (PN) petang ini bakal menentukan nasib menteri dan timbalan menteri daripada UMNO yang menganggotai kerajaan PN.

Memetik sumber tidak rasmi laporan itu menyatakan mesyuarat khas berkenaan akan didasari dengan perbincangan mengenai masa depan PN selepas sokongan UMNO terhadap gabungan itu dijangka berakhir pada bulan kemerdekaan nanti.

“Barisan kepimpinan PN dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini,” kata sumber itu.

Mesyuarat tersebut dijangka bermula jam 5 petang di Pejabat PN di Publika dan dijangka dihadiri seramai 17 kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia hanya mesyuarat bulanan PN dan membincangkan arah tuju parti serta negara pada masa depan.

“Tiada agenda khas khususnya berkenaan penamatan kerjasama UMNO, ia adalah mesyuarat biasa,” katanya.

Antara yang dijangka hadir ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Dr Dominic Lau dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PN serta Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin juga dijangka hadir.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok