UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan

August 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dicadangkan UMNO Putrajaya untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Tengku Adnan atau dikenali sebagai Ku Nan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan mendapat sokongan UMNO Bahagian untuk terus diletak sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kemenangan yang diperoleh semasa PRU-14 lalu, menurut laporan Utusan Malaysia.

Sokongan itu disahkan etua Penerangan UMNO Putrajaya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, pihaknya yakin kewibawaan bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau sejak empat penggal lalu.

Pada PRU-14 lalu, Tengku Adnan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya selepas menang dengan majoriti 3,372 undi menewaskan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat.

Dalam pada itu, spekulasi juga kedengaran berkemungkinan Menteri Kanan Pendidikan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dijangka bertanding di Parlimen Putrajaya selepas kerap dilihat menyertai aktiviti di kawasan itu.

Atas kapasiti sebagai Menteri Kanan Pendidikan, Radzi menyertai dan melawat kebanyakan sekolah di kawasan Putrajaya selain turut menyertai aktiviti kemasyarakatan dan program-program surau di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Mengulas sekiranya betul Radzi akan bertanding di Putrajaya, Mohd. Hisamudin berkata, situasi berkenaan tidak akan mendatangkan masalah kerana Tengku Adnan bukannya baharu sehari dua ‘bekerja’ untuk masyarakat di Putrajaya.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan senario politik semasa, dijangka berlaku pertandingan sehingga lima penjuru pada PRU-15 nanti di Parlimen Putrajaya dengan Pejuang, PKR dan Muda juga menunjukkan minat.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok