Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul

August 15, 2022 · Isu semasa

Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam lingkungan 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Saya amat optimis kita akan mencapai unjuran KDNK antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus,” katanya dalam wawancara dengan stesen penyiaran CNBC, pagi ini (15 Ogos 2022).

Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada suku ketiga 2022, meneruskan momentum positif ekonomi dalam separuh pertama tahun ini, dipacu oleh penggunaan swasta berikutan pembukaan semula aktiviti ekonomi di negara ini.

KDNK Malaysia berkembang kukuh pada 8.9 peratus pada suku kedua 2022, didorong oleh peningkatan ketara perdagangan luar dengan nilai eksport dan import mencecah paras tinggi pada Jun lepas, menurut Bernama.

Bagaimanapun, prospek ekonomi negara bagi tempoh memasuki 2023 dijangka mencabar berikutan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global, pertumbuhan China yang tidak menentu serta dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang agresif.

“Malah, pihak Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global masing-masing berikutan konflik Ukraine-Rusia.

“China yang juga rakan dagang terbesar Malaysia turut melaksanakan dasar sifar COVID-19 yang konservatif dan ini telah menjejaskan rantaian bekalan di antara kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata defisit belanjawan Malaysia dijangka kekal pada 6.0 peratus pada 2022 dengan nisbah hutang-kepada-KDNK ketika ini pada paras 60 peratus, lebih rendah daripada had sebanyak 65 peratus.

“Kita perlu berpegang kepada defisit 6.0 peratus itu. Kita juga perlu memastikan bahawa hasil adalah sejajar dengan belanjawan atau sekurang-kurangnya sepadan dengan apa yang perlu dilaksanakan untuk menampung peningkatan perbelanjaan akibat subsidi,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok