Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO

August 14, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa jangan jadi penakut untuk menyiasat skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), gesa Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata Ismail Sabri tidak boleh melindungi pemimpin utama UMNO yang terlibat dalam skandal projek kapal tidak siap tersebut dan digesa supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membawa individu dalam UMNO yang terlibat ke muka pengadilan.

“Ismail Sabri (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) jangan jadi pak turut. Tunjuk sedikit kepimpinan sebagai Perdana Menteri.

“Kita mahu Perdana Menteri yang berani, bukan penakut. Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera untuk siasat skandal mega pemimpin UMNO ini,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful juga sudah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menimbang untuk menubuhkan satu RCI bagi menyiasat berhubung skandal kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang gagal disiapkan itu.

Dalam pada itu, Wan Saiful juga menyifatkan langkah membawa petugas media semalam bagi melihat LCS tidak menjawab persoalan sebenar yang timbul dalam skandal yang didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Wan Saiful berkata sepatutnya kontraktor yang mengendalikan projek tersebut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh PAC dan bukannya dengan membawa petugas media untuk melihat kapal yang satu pun belum berjaya disiapkan semalam di Lumut.

“Kenapa tiada tindakan apabila projek sebegini besar lari jauh dari tarikh siap yang dipersetujui? Kenapa duit dibayar begitu banyak sehingga tidak sepadan dengan perjalanan projek?

“Kenapa pandangan Panglima TLDM ditolak sehingga kapal yang dibeli bukan kapal yang dikehendaki oleh TLDM? Adakah ada apa-apa salah laku di sebalik skandal ini atau adakah ada sesiapa kaut untung hingga berbilion ringgit,” soalnya lagi.

PAC sebelum ini mendedahkan sebanyak RM6 bilion sudah dibayar bagi membiayai projek LCS, bagaimanapun tidak ada satu kapal pun yang berjaya disiapkan sehingga hari ini.

Turut dibangkitkan PAC, berhubung RM400 juta yang digunakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membayar hutang lama dan bukan digunakan untuk tujuan membina LCS.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok