Penganggur didenda RM7,000 hantar komunikasi ajak berhimpun ketika PKP

August 11, 2022 · Isu semasa

Seorang penganggur didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui aplikasi Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika tempoh pandemik Covid-19, tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nur Taufiq Azhar, 27, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut, turut memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda, lapor Bernama.

Lelaki itu membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nur Taufiq didakwa membuat dan memulakan penghantaran “sabtu riot?! TURUN!” yang mengancam sifatnya dengan niat untuk mengganggu orang lain melalui akaun Twitter “Tulangkata @ tul4ng” pada 4.44 petang, 13 Julai tahun lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di sini, pada 10.15 pagi, 14 Julai tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Muhammad Nur Taufiq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia kini tidak bekerja selain menyesal atas tindakannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS berikutan ciapan yang dimuat naiknya bersifat mengancam iaitu satu ajakan untuk perhimpunan sedangkan ketika itu negara masih di dalam tempoh pandemik.

“Ciapan itu telah mendapat ulang ciap sebanyak 1,819 (kali) dan perhimpunan itu kemudian berlangsung pada 17 Julai 2021. Ajakan perhimpunan tersebut seolah-olah memperlekehkan usaha petugas barisan hadapan dalam menjaga kesihatan rakyat ketika itu,” katanya.

Mengikut fakta kes, lelaki itu ditahan pihak polis di Dataran Merdeka di sini, kerana telah berhimpun bersama 20 individu lain tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok