Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor

August 10, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Johor hari ini membentangkan hasil penemuannya mengenai cadangan mengembalikan hari rehat hujung minggu, kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebelum keputusan rasmi dibuat.

Dalam catatan Facebook, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri telah membentangkan penemuannya berhubung penyelarasan hari rehat hujung minggu untuk pertimbangan Sultan Johor.

“Insya-Allah, Tuanku akan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Johor,” katanya.

Minggu lepas, Onn Hafiz berkata keputusan mengenai cadangan hari rehat hujung minggu, sama ada kekal seperti sedia ada atau diubah, akan melibatkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta pekerja di Johor.

Daripada jumlah itu, beliau berkata 93 peratus daripada tenaga kerja melibatkan mereka dalam sektor swasta.

“Salah satu kebimbangan utama ialah perbezaan hari rehat antara ibu bapa dan anak-anak, yang menyukarkan keluarga untuk meluangkan masa bersama,” katanya.

Sebelum ini, kajian berterusan mengenai cadangan pengembalian hari rehat hujung minggu rasmi Johor yang kini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu, melibatkan pelbagai sektor seperti kerajaan, awam, pendidikan, industri dan perbankan, serta Persekutuan Majikan Malaysia ( MEF).

Pada14 Jun lalu laporan menyatakan kerajaan Johor sedang mengkaji semula hari rehat hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan aduan orang ramai.

Susulan itu, kerajaan negeri mungkin melaksanakan hujung minggu rasmi dua setengah hari, dengan Jumaat sebagai separuh hari, diikuti Sabtu dan Ahad sebagai hari rehat hujung minggu.

Pada penghujung 2013, Sultan Ibrahim telah menitahkan pertukaran hari rehat hujung minggu negeri kepada Jumaat dan Sabtu daripada Sabtu dan Ahad, sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2014.

Di Malaysia, Kedah, Kelantan, dan Terengganu juga menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari rehat hujung minggu rasmi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
13 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok