Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor

August 10, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi Menteri Kewangan dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) diminta untuk memberi penjelasan melibatkan kontraktor utama mengendalikan projek Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Bekas Perdana Menteri (PM) itu yang juga memegang portfolio di Kementerian Kewangan didesak DAP supaya memberi penjelasan mengapa Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mendapat layanan istimewa walaupun gagal menyiapkan pembinaan LCS mengikut tempoh ditetapkan.

Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching membangkitkan berhubung isu caj penghantaran lewat bagi setiap LCS dihadkan kepada RM180 juta, walhal sepatutnya kerajaan berhak menuntut ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) lebih tinggi lagi.

Had RM180 juta itu dimasukkan dalam kontrak pembinaan LCS.

Teo berkata sepatutnya kerajaan boleh menuntut LAD sebanyak RM116.54 juta menjelang 31 Dis 2019 kerana penghantaran LCS pertama sudah lewat 245 hari.

Berdasarkan anggaran kiraan jumlah tersebut sehingga 31 Julai tahun ini, Teo menyatakan LAD itu boleh mencecah RM582.12 juta.

“Penghantaran LCS2, LCS3 dan LCS4 juga lewat. Pengiraan mudah akan menunjukkan bahawa menjelang Julai 2022, jumlah LAD mengikut hari untuk LCS1 hingga LCS4 sepatutnya RM1.57 bilion, tetapi jumlah LAD yang boleh dituntut oleh kerajaan hanya RM671 juta, disebabkan oleh had RM180 juta LAD bagi setiap kapal.

“Apakah rasionalnya untuk masukkan had RM180 juta dalam kontrak, yang hanya menguntungkan BNS dan meletakkan kerajaan dalam kedudukan yang sangat merugikan?” soal Ahli Parlimen Kulai itu.

Teo juga menggesa Najib menjelaskan mengapa dia tidak mengendahkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (No. 5 Tahun 2007) (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007) yang menyatakan bahawa maksimum 25 peratus daripada jumlah kontrak atau RM10 juta, mengikut mana yang lebih rendah, boleh dibayar sebagai bayaran awal dalam mana-mana kontrak.

“Bagaimanapun, RM1.36 bilion telah dibayar oleh kerajaan kepada BNS sebagai bayaran awal, jauh melebihi had yang dibenarkan di bawah garis panduan kewangan MOF, menyebabkan Surat Setuju Terima dipinda dua kali.

“Lebih penting lagi, pembayaran sedemikian hanya boleh dibuat dengan kelulusan kementerian kewangan. Bolehkah Najib, sebagai menteri kewangan ketika itu, tolong jelaskan kepada kami, apa menyebabkan kelulusan itu dibenarkan?” soalnya lagi.

Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) pada minggu lepas mendedahkan, tiada satu pun LCS disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada BNS secara rundingan terus.

Pelbagai kepincangan didedahkan PAC berhubung pembinaan LCS dan perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO.

Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, selama 10 tahun dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok