Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA

August 10, 2022 · Isu semasa

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah mengingatkan penjawat awam supaya tidak membuat kenyataan selaras dengan peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang masih berkuat kuasa.

Beliau berkata dalam pekeliling tujuh muka surat bertarikh 8 Ogos yang dikeluarkan untuk menjelaskan, meningkatkan pemahaman dan mengelak kekeliruan dalam kalangan penjawat awam dan pihak lain yang berminat daripada kenyataan awam itu.

Pekeliling itu diedarkan kepada semua kementerian dan pejabat Ketua Setiausaha Negara.

“Penjawat awam perlu bersikap positif dan menerima pandangan, cadangan dan teguran daripada mana-mana pihak berkepentingan termasuk pihak atasan demi menambah baik… penyampaian oleh perkhidmatan awam,” katanya.

Mohd Shafiq berkata penjawat awam yang ditegur oleh orang awam, penyelia, rakan sekerja atau atasan kerana perkhidmatan yang lemah tidak seharusnya bertindak balas secara provokatif.

“Provokasi melampau untuk menarik perhatian atau (ditularkan) adalah tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan budaya kerja penjawat awam serta peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Mohd Shafiq menambah penjawat awam perlu mengelak daripada membuat kenyataan awam yang boleh mendatangkan implikasi yang tidak diingini kepada perkhidmatan awam dan nama baik kerajaan.

Beliau berkata peraturan itu jelas menyatakan bahawa penjawat awam tidak boleh berkongsi berita palsu, juga tidak boleh memfitnah atau membuat tuduhan melibatkan pegawai awam lain untuk agenda dan kepentingan mereka sendiri.

“Penjawat awam dilarang menyalahgunakan kebebasan bersuara dan kemajuan teknologi untuk mencapai agenda peribadi mereka dengan melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan yang selama ini menjadi paksi perkhidmatan awam negara,” katanya.

Tambahnya, JPA tidak akan berdiam diri dan membenarkan pegawai awam difitnah atau dilayan secara tidak adil bagi memenuhi agenda peribadi pihak tertentu, dan ketua jabatan bertanggungjawab memantau prestasi pegawai bawahan mereka.

Surat itu juga berkata pihak atasan perlu menegur orang bawahan yang cuai dalam melaksanakan tugas bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah setanding.

Mohd Shafiq memberi amaran tindakan tatatertib termasuk pemberhentian perkhidmatan boleh diambil sekiranya terdapat cukup bukti bahawa penjawat awam telah mencemarkan imej perkhidmatan atau melanggar peraturannya.

“Dalam hal berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara, tindakan segera mesti diambil tanpa kompromi atau pilih kasih terhadap mana-mana pegawai awam atas kecuaian atau ketidakpatuhan, terutamanya jika ini melibatkan keselamatan di pintu masuk dan keluar utama antarabangsa,” katanya.

Awal bulan ini, ketua operasi Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikatakan menerima teguran kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di lorong VIP antara 8.40 pagi dan 9.40 pagi pada hari tertentu.

JPA turut telah menolak dakwaan bahawa Mohd Shafiq secara terbuka menghina seorang pegawai Imigresen, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imejnya.

Dalam satu kenyataan pada Ahad (7 Ogos), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu susulan mesyuarat Kabinet pada Jumaat (5 Ogos).

Ahli jawatankuasa lain termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Berita berkaitan
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Tular berucap di masjid, JAIS siasat Fahmi
July 31, 2023· Isu semasa
Pembantu menteri dakwa sudah berbulan tak dibayar gaji: Laporan
July 2, 2023· Isu semasa
Popular
Longkang berpotensi runtuh lagi
January 26, 2022
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023
Sembilan rakyat Malaysia di Ukraine tiba di Poland
February 27, 2022
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok