PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan

August 8, 2022 · Isu semasa

Pesalah yang terlibat dalam skandal projek kapal tak siap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dibawa ke muka pengadilan segera, kata PAS.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menunggu lama untuk membawa mereka yang terlibat dalam skandal perolehan kapal kapal tempur pesisir pantai (LCS) ke muka pengadilan kerana ia mencemarkan maruah pertahanan negara.

“PAS menyeru kepada semua pihak untuk bersama memberi sokongan terhadap langkah yang diambil pihak berkuasa terutamanya SPRM.

“Kerajaan perlu tegas dan pastikan mereka yang telah merobek maruah pertahanan negara segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairil Nizam mempersoalkan mengapa hampir RM6.1 bilion wang rakyat sudah dibelanjakan tetapi tidak ada satu pun kapal yang berjaya disiapkan.

“Pendedahan menerusi laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan bahawa pembayaran oleh kerajaan sebanyak RM6.083 bilion telah hilang tanpa sebarang hasil.

“Sehingga hari ini, tiada satu pun daripada enam kapal tersebut diserahkan kepada TLDM,” katanya lagi.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan yang diperintah Barisan Nasional dan UMNO melalui Kementerian Pertahanan pada 2011.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu lalu menyenaraikan sembilan rumusan punca yang antaranya ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan BNS ketika melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah LCS yang disiapkan.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pengumuman berhubung skandal kapal tersebut akan dibuat pada masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan umumkan (hasil siasatan) bila sampai masanya, dalam tempoh terdekat.

“Ini kerana kita perlu berbincang dengan AGC dan sebagainya, baharulah kita boleh buat kenyataan (secara rasmi) kerana kenyataan berhubung kes ini adalah sensitif,” katanya.

Khamis lalu, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil badan itu awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam LCS bernilai RM9 bilion tersebut.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok