MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi

August 7, 2022 · Politik

Keputusan untuk menyertai Pari Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukanlah keputusan yang dibuat sendiri tetapi menerima pandangan daripada pengundinya kata Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin.

Bersyukur kerana beliau kini secara rasminya menjadi ahli PBB, Willie juga meminta sokongan berterusan daripada pengundi daripada kawasan Puncak Borneo, katanya lapor Bernama.

“Ketika (pertukaran) kerajaan pada 2020, saya telah muat naik (status) di Facebook saya bertanya pandangan mereka (pengundi) dan meminta mereka maklumkan kepada saya secara peribadi. Saya rujuk kepada pemimpin di kawasan saya, sebelum saya buat keputusan (untuk masuk parti Bersatu). Perkara sama saya lakukan sebelum saya buat permohonan (PBB).

“Jadi saya berharap mereka akan sokong saya kerana percaya ia keputusan bersama dan saya ada minta pandangan mereka. Bukan pandangan saya sendiri, tetapi sebahagian daripada permintaan mereka, dan saya sebenarnya hanya memenuhi permintaan mereka seperti yang telah dibincangkan,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, Presiden PBB Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa parti itu telah menerima Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi daripda Bersatu yang memohon menyertai PBB awal tahun ini telah diterima sebagai ahli biasanya.

Beliau memenangi kerusi Puncak Bornei pada 2018 atas tiket PKR, namun digugurkan bersama beberapa Ahli Parlimen lain daripada parti itu pada 2020, kerana menyokong Timbalan Presiden ketika itu Datuk Seri Azmin Ali.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi yang sama pada pilihan raya umum yang akan datang, Willie berkata ia bergantung kepada kebijaksanaan Presiden PBB dan pimpinan parti untuk buat keputusan.

Berita berkaitan
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok