Zahid beri bayangan desak PRU awal dalam mesyuarat MT malam ini

August 4, 2022 · Politik

Menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bakal berlangsung malam ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan isu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bakal dibangkitkan dan menjadi agenda utama mesyuarat.

Malam ini mesyuarat MT akan berlangsung selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat hadir atas alasan urusan kerajaan pada Jun lalu, ia juga selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dianggap berada dalam kem Naib Presiden UMNO disingkir daripada badan tertinggi parti itu.

Dalam catatan Facebook Presiden UMNO hari ini, sekali lagi isu menyegerakan PRU-15 dibangkitkan dengan Zahid memberikan beberapa sebab utama mengapa ia perlu diadakan, antaranya atas alasan untuk memberi kestabilan politik yang segera dan menyalahkan Bersatu sebagai puncanya.

“PRU perlu diadakan seawal sedaya boleh. Apabila politik stabil fokus kepada isu rakyat dapat diberikan keutamaan.

“Contoh, masih ada lagi parti Bersatu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan walaupun tempoh pilihan raya kurang daripada setahun,” katanya dalam Facebook BN hari ini.

Justeru, Zahid berkata UMNO-Barisan Nasional (BN) harus dominan semula dalam kerajaan agar keputusan parti akan lebih ada tindakan segera dalam kerajaan.

“Isu pengeluaran wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah contoh diperlambatkan sedangkan parti sudah lama mendesak,” katanya lagi.

Zahid juga memberi alasan bahawa PRU15 perlu segerakan bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi negara diperkasakan.

“Dasar dan tindakan lebih bersepadu diperlukan membawa negara keluar daripada ketidaktentuan ekonomi.

“Kesemua ini memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil,” katanya.

Zahid berkata jika PRU-15 dilambatkan, maka ini akan melambatkan ketiga-tiga perkara tersebut yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Terdahulu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan parti itu bagi meminda perlembagaannya untuk menangguhkan pemilihan parti itu selepas PRU-15.

Langkah tersebut dilihat bakal memberi tekanan lagi khususnya daripada pemimpin UMNO yang berada dalam kem Zahid untuk mendesak agar PRU-15 dipercepatkan.

Dalam pada itu, Zahid juga ketika ini sedang berdepan perbicaraan bersabit puluhan pertuduhan rasuah di mahkamah, keputusan penghakiman juga dijangka bakal diputuskan pada masa terdekat, ia secara tidak langsung menambah tekanan dan bebanan dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ismail Sabri ketika ini berdepan dengan tuntutan janjinya yang tidak ditunaikan selepas terdedah wujudnya perjanjian dengan Bersatu dan PAS sebelum ini.

Pada 28 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Perdana Menteri yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh memenuhi ‘terma-terma penting’ perjanjian beliau dengan parti tersebut.

Justeru, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata, PN akan menghantar delegasi bertemu PM bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
15 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok