Rakyat merungut harga barang naik, Zahid pula cadang perkenal GST semula

August 1, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu kerajaan meneliti semula sistem percukaian negara bagi memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Presiden UMNO itu secara peribadi mencadangkan agar sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada Julai 2018 mungkin boleh diperkenalkan semula, ia walaupun pada ketika rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos harga barang dan inflasi naik untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

“Ketika kita sedang bergerak keluar daripada pandemik Covid-19, saya percaya kita memerlukan rejim percukaian yang berdaya tahan dan memenuhi keperluan semua sektor termasuk orang ramai.

“Sekali lagi, saya secara peribadi cenderung kepada pengenalan semula GST. Saya percaya sebahagian anda juga bersetuju dengannya. Sebahagian lagi mungkin tidak.

“Bagaimanapun, kita perlu mereformasikannya mengikut keadaan semasa. Ketika kebanyakan negara masih bangkit daripada pandemik, kita harus boleh mengimbanginya kepada pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid berkata demikian semasa ucaptama pada majlis penutupan Forum Percukaian Ketiga Malaysia hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang mewakilinya.

Zahid turut menyifatkan pemansuhan GST sebagai kegagalan besar negara, dan mendakwa ramai terperdaya dengan kempen pihak pembangkang yang menyebabkan mereka diundi.

Beliau berkata, pengenalan GST adalah untuk menerajui negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi berintegrasi dengan mengenakan kadar cukai seragam dan menghapuskan kekangan ekonomi.

Untuk rekod, isu cukai GST antara faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, selain isu rasuah melibatkan kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

GST diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2014 lalu bagaimanapun digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh Pakatan Harapan yang memerintah negara selepas menang PRU-14 pada 2018 lalu.

Sejak kebelakangan ini, Najib mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan semula GST.

GST ialah cukai penggunaan ataupun ‘consumption tax’ bermaksud lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lebih tinggi jumlah bayaran cukai berkenaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok