Asyraf bangga dapat duduk sebelah Zafrul semasa majlis BN Selangor

August 1, 2022 · Politik

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum ini lantang dalam mengkritik polisi kerajaan khususnya melibatkan Kementerian Kewangan kini berbangga dapat duduk sebelah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketua Pemuda UMNO itu banyak memberi pandangan yang berbeza dengan dasar dan polisi kerajaan, malah pernah mengkritik Menteri Kewangan itu berhubung isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium tetapi keadaan itu berubah selepas Zafrul dilantik menjadi Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor.

“Ramai juga ‘cybertrooper’ PN dan PH yang kepanasan lihat gambar ni. Fitnah saya macam-macam, jilatlah, dulu maki hamunlah. Bila saya tanya bukti status mana yang saya maki ataupun jilat, tak ada yang boleh mendatangkannya.

“Tak tahu beza antara kritik, berbeza pandangan, mendesak bagi pihak rakyat dalam isu-isu menyentuh kepentingan rakyat seperti KWSP, moratorium, mempercepatkan bantuan rakyat waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Asyraf dalam perkongsian di Facebook berhubung gambar dimuat naiknya.

Asyraf mempertahankan langkah untuk duduk semeja dengan Zafrul dan menjelaskan kritikannya itu hanya sekadar pandangan.

Tambahnya, walaupun sering berbeza pandangan, mereka berdua masih mampu bersikap profesional dan lebih bermakna, diletakkan semeja pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor Selangor, pada Ahad.

Jawatan Bendahari BN Selangor sebelum ini disandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos tetapi kemudiaan menyerahkan kerusi itu kepada Zafrul.

Jamal menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Zafrul bagi memastikan UMNO-BN dapat memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.

“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” kata Jamal.

Sebelum ini juga spekulasi mengatakan Zafrul berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15.

Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok