Parlimen rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid

August 1, 2022 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia, malam tadi.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menyatakan perkara itu sebelum sesi soal jawab bermula, lapor Bernama.

“Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh serta beriman,” katanya.

Beliau kemudiannya menjemput semua Ahli Parlimen untuk bangun, dengan yang beragama Islam diminta membaca surah al-Fatihah manakala bukan beragama Islam, bertafakur selama seminit.

Allahyarham Abdul Khalid pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari 2008 hingga 2018, serta memegang jawatan Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014.

Abdul Khalid meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Allahyarham Abdul Khalid, 76, telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April lepas akibat jangkitan pada injap jantung.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok