Jururawat didakwa bunuh bayi lelaki

August 1, 2022 · Isu semasa

Seorang jururawat persendirian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki.

T. Rebekal, 30, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian J. Melvin Jeshuran berusia lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sungai Siput Utara di sini, kira-kira 6 petang, 24 Julai lepas.

T. Rebekal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. S. Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 3 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Pada 26 Julai lepas seorang wanita dan teman lelakinya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki yang disyaki didera.

Bayi dengan kesan luka baharu dan lama pada tubuhnya itu dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok