Lebih 10,000 hadir ke pelancaran PN di Terengganu, perkukuh kerjasama PAS-Bersatu

July 31, 2022 · Politik

Pelancaran Perikatan Nasional (PN) di Terengganu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong parti komponen dengan fokus tertumpu ke arah memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pentas utama pelancaran PN menampilkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; turut hadir barisan pimpinan utama parti yang lain di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang.

Buat kali pertama, bendera PN berkibar di bumi Terengganu dan ia dilihat luar kebiasaan memandangkan sebelum ini parti Islam tersebut menggunakan simbol bulan dalam setiap pilihan raya yang ditandinginya.

Pengacara majlis mengumumkan hampir lebih 10,000 orang ramai hadir semasa program semalam dan disiarkan secara langsung atas platform media sosial. Hampir lebih 3,000 ditonton oleh pengguna media sosial daripada tinjauan Agenda Daily semasa pelancaran program semalam.

Dalam mesej Hadi semasa pelancaran semalam, beliau menjelaskan berhubung langkah PAS membentuk dan berada dibawah gabungan PN untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Keputusan untuk kekal bersama PN dibuat memandangkan UMNO dilihat parti yang bermasalah bersikap bongkak dan sombong apabila enggan menerima parti bumiputera lain untuk bekerjasama.

“UMNO tak mahu. UMNO mahu PAS dengan UMNO saja. Kita kata tak boleh. Kalau PAS dengan UMNO tak cukup, tak cukup nak memerintah, mesti kena gabung semua.

“Bahkan kita menerima penubuhan Muafakat Nasional. Dengan syarat Muafakat Nasional ini, menggabungkan tiga parti besar dan bumiputera. Bukan PAS dengan UMNO sahaja. Parti Melayu dan bumiputera.

“Ini gabungan Muafakat Nasional… Dalam masa yang sama dia ada sama kaum-kaum lain, parti bukan Islam. Dalam gabungan peringkat nasional, dua gabungan. Ini cadangan kita.

“Bila kita tekan UMNO terima bersatu. itu, merupakan masa nak lancar, tertangguh-tangguh. Bukan kita yang tangguh. UMNO yang tangguh-tangguh. Pimpinan dia yang tangguh-tangguh,” kata Hadi dalam ucapannya semalam.

Menurut Hadi, pimpinan tertinggi UMNO mencetuskan banyak masalah ketika itu kerana mahu membentuk jajaran baharu dan tidak mahu bersama dengan PAS dan Bersatu untuk membentuk kerajaan.

Kenyataan Hadi itu turut disokong Muhyiddin yang mendedahkan UMNO tidak jujur dalam menjalinkan kerjasama, malah bersikap acuh tidak acuh kerana enggan menerima Bersatu untuk berada dalam gabungan MN.

“Tapi malangnya selepas beberapa tempoh masa saya fikir dah hampir lebih setahun atau lebih sampai hari ini UMNO menolak.

“Perhimpunan Agung UMNO buat keputusan bahawa tak terima Bersatu, ya lah tapi tak apalah. Kita ada PAS,” kata Muhyiddin dalam ucapannya berhubung permohonan Bersatu untuk menyertai MN sebelum ini.

Sikap UMNO yang mahu menjadi dominan dan berkuasa sepenuhnya menjadi punca mereka tidak mahu menerima kerjasama dengan parti bumiputera lain, walhal hakikatnya kluster mahkamah cuba menguasai parti dan terdesak dengan perbicaraan yang sedang dihadapi mereka.

Kejatuhan kerajaan PN sebelum ini juga didakwa berpunca daripada angkara kluster mahkamah dalam UMNO yang berkomplot dengan pembangkang, orang ramai pastinya tidak lupa perbualan telefon antara cikgu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata gabungan tersebut memberikan tawaran baharu yang lebih menjamin masa depan negara.

“Idea (penubuhan PN) tercerna daripada satu nawaitu yang baik, niat kita tidak lain dengan himpunan jemaah yang kita bentuk ini (gabungan parti-parti komponen PN) sebenarnya dapat selamatkan negara kita ini.

“Ada yang kata selamat daripada apa, negara kita tidak ada peperangan. Ini kerana dalam tempoh beberapa tahun lalu negara berdepan pelbagai krisis, pancaroba dan ditokok tambah dengan pandemik, musibah yang tidak pernah kita duga berlaku dalam negara dan seantero dunia.

“(Sekarang ini) negara kita terkenal bukan kerana ada apa, kerana ada peristiwa rompakan khazanah negara, kes rasuah terbesar di seluruh dunia,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok