1MDB serah writ saman AS$3.7 bilion kepada adik beradik Jho Low

July 28, 2022 · Isu semasa

Adik beradik kepada Low Taek Jho atau Jho Low yang masih gagal dikesan akan menerima writ saman daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai wakil kepada ahli perniagaan dalam buruan itu.

1MDB hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyerahkan saman bernilai AS$3.7837 bilion kepada kakak dan adik lelaki Jho Low.

Peguam K. Siva Kumar yang mewakili 1MDB berkata, kakak Jho Low iaitu May Lin kini berada di Singapura manakala adik lelakinya, Taek Szen, berada di Hong Kong berdasarkan alamat terakhir mereka.

“Mahkamah memberi kebenaran kepada 1MDB untuk membuat penyerahan writ saman kepada kedua-duanya di luar Malaysia,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Hari ini berlangsung prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz secara dalam talian hari ini.

Menurut peguam itu, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 23 Ogos ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Haslinda A. Raof secara dalam talian.

Pada 29 Disember 2021, Jho Low, bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya, Puan Sri Goh Gaik Ewe selaku defendan telah memasukkan kehadiran dalam kes saman itu.

Bagaimanapun, writ saman berkenaan masih belum dapat diserahkan kepada seorang lagi defendan iaitu rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Eric Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Eric Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok