MoU 2.0: PH capai kata sepakat dengan PM, bakal sambung lagi

July 26, 2022 · Politik

Kata sepakat sudah dicapai antara blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan berhubung isu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

PH berkata sudah membuat pendirian berhubung tarikh MoU dengan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan memberi isyarat positif ia berkemungkinan disambung selepas tarikh akhir pada 31 Julai nanti.

Menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, difahamkan kata sepakat itu sudah dicapai dengan pimpinan PH dan Ismail Sabri.

Bagaimanapun, katanya, perincian kesepakatan yang dicapai itu belum didedahkan oleh pimpinan PH, dan dijangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan yang dicapai ialah dalam PH, bukan keputusan PKR sahaja. Yang kita faham ialah apa juga keputusan itu membabitkan pimpinan PH dengan Perdana Menteri.

“Saya difahamkan sudah ada kata sepakat antara pimpinan PH dengan Perdana Menteri, yang tidak dimaklumkan kepada kami lagi buat masa ini.

“Besar kemungkinan, sebaik sahaja PH buat keputusan, ia akan diumumkan,” katanya dipetik laporan BH semasa sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini MoU antara kerajaan pembangkang, susulan terdapat percanggahan mengenai tarikh luput MoU.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pula dilaporkan berkata, Majlis Tertinggi (MT) parti itu memutuskan tidak akan melanjutkan MoU terbabit, selepas 31 Julai.

Berdasarkan semakan, dokumen MoU Transformasi dan Kestabilan Politik menjelaskan dokumen itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai hingga pembubaran Parlimen Ke-14.

Dokumen itu juga menjelaskan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
7 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
24 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok