PRU-15: PM sedang tunggu waktu sesuai, perlu beri isyarat betul

July 24, 2022 · Politik

Isyarat yang betul perlu diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Perdana Menteri sedang meneliti dan menunggu waktu yang sesuai jadi kita perlu beri isyarat yang betul.

“Saya akan pergi ke seluruh negara bersama rakan-rakan dan hasil dari lawatan kerja akan kami bentangkan dan bincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan dan biro politik parti. Kita akan habiskan (pembentangan laporan PRU) sebelum pertengahan Ogos,” katanya, lapor Bernama.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jentera pilihan raya BN di Pulau Pinang telah mencapai 50 peratus tahap kesiapsiagaan setakat ini dan beliau mahu melihat keseragaman strategi di setiap bahagian.

“Kita belum berbincang soal jumlah kerusi yang akan ditandingi dan calon. Ini akan ditentukan oleh pimpinan parti,” kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi BN Pulau Pinang di sini hari ini.

“Kami perlu melakukan penambahbaikan terlebih dahulu, barulah kita boleh keluar menghadapi peperangan PRU sebagai satu pasukan dan keluarga besar BN,” katanya.

Walaupun tidak mudah untuk mengalahkan parti DAP di Pulau Pinang, beliau berkata ia tidak mustahil.

Katanya ia terbukti di pilihan raya kecil Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini, kerusi-kerusi tradisi yang dikuasai DAP berjaya dirampas oleh BN.

“BN telah diberikan kepercayaan semula oleh rakyat di kawasan-kawasan tersebut. Ia bukannya mudah untuk mengalahkan DAP tetapi ia tidak mustahil,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN Negeri Sembilan: UMNO mahu PH serah kerusi DUN Klawang
February 12, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok