Saya diberitahu Najib buat keputusan sendiri dalam isu Sulu: Dr Mahathir

July 24, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan sendiri tanpa mengadakan sebarang perbincangan terlebih dahulu berhubung pembatalan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu.

Dr Mahathir berkata diberitahu berhubung keputusan Najib tersebut tidak dirujuk dalam mesyuarat Kabinet, malah Dewan Rakyat juga tidak dimaklumkan dengan langkah diambil pentadbiran Najib pada 2013 tersebut yang seolah-olah beliau membuat keputusan sendiri.

“Saya dengar pada masa itu Najib buat kenyataan dia tidak akan bayar (bayaran penyerahan wilayah). Pada masa itu, saya cuma sokong dia saja. Dia yang buat keputusan.

“Tapi, saya diberitahu keputusan itu tidak dirujuk kepada Kabinet dan Dewan Rakyat (pada 2013) dan dia (seolah-oleh) buat keputusan sendiri,” katanya dipetik laporan BH.

Menurut Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu, tindakan Najib itu tidak wajar kerana sepatutnya kajian terperinci terlebih dahulu dijalankan, ia termasuk mengesahkan pihak yang menyerang Sabah ketika itu memang dari keturunan kesultanan Sulu.

“Kita yang berjanji untuk bayar setiap tahun jumlah ini, jadi bila kita janji, kita kena tunai janji walaupun atas sebab serangan. Tetapi kita juga tak tahu serangan itu oleh keturunan Sultan Sulu atau orang lain.

“Jadi kita kena kaji dulu dan lepas itu sahkan yang menyerang itu adalah Kesultanan Sulu. Barulah kita boleh berhenti (bayar). Tapi ini tidak ada kajian, terus henti (bayar) saja,” katanya lagi.

Ekoran tindakan tersebut, Dr Mahathir berkata ia menjadi punca kepada tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah di mahkamah timbang tara antarabangsa hingga kini.

“Itu yang menyebabkan masalah kita hadapi sekarang. Sebelum ini tidak ada masalah. Tiap-tiap tahun kita bayar. Bila berhenti, maka mereka bawa kes ke mahkamah Sepanyol, tapi kita tidak iktiraf mahkamah di Sepanyol.

“Sebab dalam membuat hukuman (tuntutan), kedua-dua pihak mesti memberi pendapat dalam mempertahankan kedudukan mereka. Tapi ini dibuat keputusan sebelah saja. Jadi itu kita tak pernah bagi kuasa kepada mahkamah Sepanyol,” katanya.

Isu tuntutan pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu terus hangat diperkatakan susulan laporan media sebelum ini menyatakan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, selepas mereka diberi Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan Mahkamah Rayuan Paris sudah membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok