PM kata inflasi negara terendah di Asia Tenggara kerana ada subsidi

July 23, 2022 · Isu semasa

Walaupun kadar inflasi negara meningkat hampir setiap bulan, namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia masih disifatkan masih rendah berbanding dengan negara jiran yang lain.

Ismail Sabri berkata kejayaan negara mengekalkan kadar inflasi terendah di Asia Tenggara adalah hasil langkah kerajaan menyediakan subsidi yang besar bernilai RM77 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kenaikan harga jagung bijiran dan baja serta kenaikan kos logistik telah menyebabkan peningkatan harga barangan yang menyaksikan kadar inflasi juga meningkat tinggi.

“Namun begitu, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion,” katanya dipetik laporan media selepas ketika merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kota Bharu, hari ini.

Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan juga mengambil langkah proaktif menangani kenaikan harga barang dengan menyediakan subsidi RM1.1 bilion untuk ayam dan telur serta RM4 bilion untuk minyak masak peket.

Semalam, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Mohd Uzir berkata indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut.

“Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan kenaikan dan mendorong inflasi keseluruhan kepada 3.4 peratus.

“Pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti restoran dan hotel (5.0 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus),” katanya semalam.

Malaysia kini sedang menghadapi krisis kos sara hidup di mana harga makanan ruji dan keperluan meningkat secara mendadak dan stabil sejak awal tahun.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok