4 lelaki ditangkap cuba sogok polis bebas geng judi

April 30, 2021 · Isu semasa

Polis Dang Wangi menangkap empat lelaki kerana cuba memberi sogokan RM30,000 bagi melepaskan lapan individu yang ditahan berkaitan kes perjudian di Jalan Changkat Perak di ibu negara, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah melakukan serbuan di sebuah apartment di jalan itu kira-kira jam 3 pagi Khamis selepas menerima maklumat judi atas talian.

Dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta lima lelaki warga China, berumur antara 27 dan 32 tahun, selain merampas wang tunai dan beberapa barangan lain.

“Ketika serbuan dilakukan, anggota polis didatangi dua individu Cina dan dua Melayu berumur 25 hingga 39 tahun yang menawarkan wang sebanyak RM30,000 bagi membebaskan semua yang ditangkap.

“Polis menolak tawaran berkenaan dan menasihatkan mereka supaya tidak menganggu tugas yang dilakukan, tetapi tidak dipedulikan.

“Polis kemudian menangkap semua suspek dan merampas wang RM30,000. Kes itu akan diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, pihaknya turut melakukan dua serbuan lagi di unit lain apartment berkenaan pada jam 4 pagi dan menangkap empat lelaki warga China berumur antara 26 dan 27 tahun.

“Polis merampas 10 telefon bimbit, empat sim kad dan wang tunai RM3,311. Semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 4(1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok