RM1.045 trilion jumlah hutang terkini ditanggung kerajaan

July 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah hutang terkini yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM1.045 trilion setakat Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah hutang tersebut meliputi 63.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menegaskan kerajaan komited dalam membayar kadar faedah mengikut jadual pembayaran ditetapkan.

“Sehingga akhir-Jun 2022, sebanyak RM19.8 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran faedah ke atas hutang terkumpul kerajaan persekutuan.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pembayaran faedah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Bayaran khidmat hutang ini diperuntuk sebagai item tanggungan T13 iaitu salah satu perbelanjaan tanggungan yang diberi keutamaan terlebih dahulu daripada item perbelanjaan yang lain, seperti yang termaktub di bawah Perkara 98(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat bertarikh 20 Julai.

Zafrul juga menjelaskan sebanyak RM43.1 bilion, atau 18.4 peratus, daripada anggaran jumlah hasil Putrajaya, diperuntukkan untuk bayaran khidmat hutang kerajaan persekutuan untuk 2022.

Soalan berhubung hutang hutang negara itu ditanya oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami.

Awal minggu ini, Zafrul memberi jaminan bahawa kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang kerajaan persekutuan masih terkawal.

Jelasnya, kerajaan kekal berdisiplin tinggi dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang matang walaupun telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan.

Dilaporkan bahawa pada akhir Jun 2022, pinjaman luar pesisir berjumlah RM29.4 bilion, manakala hutang berkanun menyumbang 60.4 peratus daripada KDNK.

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 memperuntukkan pinjaman luar pesisir tidak melebihi RM35 bilion dan Akta Interim bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 menetapkan had berkanun hutang kerajaan tidak boleh melebihi 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok