Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000

July 21, 2022 · Isu semasa

Kegagalan menjelaskan denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan mahkamah menyebabkan seorang penghantar makanan dihantar masuk ke penjara selama enam bulan.

Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, hari ini didakwa pertuduhan membuat serta memulakan penghantaran komunikasi jelik menghina umat dan agama Islam serta Rasulullah SAW menerusi YouTube dan tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan tertuduh itu dihantar ke Penjara Kajang petang tadi.

Terdahulu, Mohd Nor’ Muzil dihukum denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, sejurus pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi YouTube untuk mempersenda serta menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW, iaitu secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang dilihat jam 11.15 malam 16 Julai lalu di Sepang.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum bawah Subseksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Raya, Noor Azizah Aling, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok