Ahmad Bashah akui buat keputusan terima cadangan ladang Musang King

July 19, 2022 · Isu semasa

Selepas tercetus insiden tuduh menuduh antara dua bekas Menteri Besar (MB) Kedah dalam isu ladang Musang King di Baling, akhirnya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuka mulut membuat penjelasan berhubung kelulusan kepada syarikat ECK Development Sdn Bhd.

Ahmad Bashah mengakui semasa menjadi MB, pentadbirannya menerima cadangan dikemukakan ECK Development Sdn Bhd yang merancang Gunung Inas, Baling, dijadikan ladang durian Musang King berskala besar pada 2018.

Terdahulu, seorang lagi bekas MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan semasa pentadbirannya memerintah negeri itu meluluskan pembukaan ladang durian di Baling.

Ia adalah kenyataan pertama beliau berhubung isu berkenaan, dua minggu selepas kejadian kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi yang meragut tiga nyawa serta menjejaskan lebih 800 penduduk pada 4 Julai lalu.

“Ketika saya mengambil alih sebagai Menteri Besar Kedah, sebuah syarikat tempatan iaitu ECK Development Sdn Bhd membeli syarikat Aman Mega yang sebelum itu diberi kelulusan menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling oleh menteri besar terdahulu.

“Pada masa itu, cadangan yang dikemukakan ECK kepada saya adalah supaya kawasan berkenaan dijadikan ladang durian Musang King berskala besar.

“Ia bagi memastikan kawasan yang sebelum ini dijalankan aktiviti pembalakan dilindungi semula dengan tanaman supaya ia kelak tidak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.

“Kelulusan itu tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan baharu kerana aktiviti pembalakan sudah berlaku ketika pentadbiran sebelum itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Bashah berkata, cadangan ECK itu kemudian diangkat untuk pertimbangan kerajaan negeri.

“Sebagai Menteri Besar, sudah tentu saya tidak boleh mengambil keputusan semberono. Ia perlu melalui beberapa peringkat penelitian dan mesyuarat khas di peringkat kerajaan.

“Sebenarnya banyak cadangan lain tetapi kerajaan pada masa itu mendapati cadangan ECK nampak lebih meyakinkan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, alam semula jadi, kepentingan penduduk dan sebagainya.

“Saya tegaskan kerajaan memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan berkenaan, di samping kerajaan turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting bagi kerajaan ketika itu adalah bagi isu di kawasan hutan Gunung Inas diselesaikan segera.

Pada masa sama, Ahmad Bashah menegaskan tidak berniat berpolitik dalam isu berkenaan atau cuba menuding jari kepada sesiapa kerana menyedari mana-mana kerajaan negeri tidak akan membiarkan masalah itu berterusan.

“Ketika berlaku pertukaran kerajaan negeri, perkara ini turut menerima tempias kerana lain orang, lain cara pemikirannya dan setiap Menteri Besar akan berubah cara berfikir, cara mentadbir negeri yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkara seperti ini.

“Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), saya tidak lagi menjadi Menteri Besar dan tidak ada kuasa ke atas keputusan kerajaan. Sudah tentu Menteri Besar selepas saya yang mengambil alih tanggungjawab untuk hal pentadbiran negeri termasuk isu berkenaan.

“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk kerajaan atau pimpinan negeri baharu membatal atau tidak meneruskan usaha kerajaan pentadbiran terdahulu dan bukan satu kesalahan meneruskannya, jadi terserah kepada mereka,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta kerajaan negeri ketika ini mencari jalan melindungi semula kawasan Gunung Inas yang sudah dibalak dan meminta isu berkenaan tidak dipolitikkan secara keterlaluan, selain berhenti menyalahkan satu sama lain.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok